ARTIKEL

Wan Kamaruddin Wan Ahmad

Bomba terima dua panggilan palsu, laporan polis untuk tindakan lanjut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Bintulu telah membuat laporan polis berhubung dua panggilan palsu yang diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bulan ini (Mei).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata laporan itu dibuat di balai polis Tanjung Kidurong untuk tindakan lanjut susulan panggilan palsu kedua diterima pada Ahad lalu.

“Kami menggesa orang ramai supaya tidak menyalahgunakan nombor yang dikhaskan untuk kecemasan bagi membuat panggilan palsu kerana ini akan menyebabkan kami terpaksa ke lokasi untuk memastikan keadaan sebenar.

“Ini bukan sahaja membuang masa tetapi akan menjejaskan masa tindak balas kami sekiranya berlaku kecemasan sebenar,” katanya.

Beliau juga menggesa ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka dan mendidik mereka tentang kepentingan nombor kecemasan.

Mengulas lanjut mengenai dua panggilan gurauan itu, Wan Kamaruddin berkata, yang pertama diterima pada pukul 1.31 tengah hari, 10 Mei lalu di mana pemanggil melaporkan sebuah kereta terbakar di SK Tanjung Batu, Jalan Permata 8, Sungai Plan.

Panggilan kedua diterima pada Ahad lalu(19 Mei) jam 5.42 petang mengenai sebatang pokok yang terbakar di SMK Assyakirin, Sungai Plan.

“Dalam kedua-dua kes, pasukan bomba tiba untuk mengetahui tiada kebakaran seperti yang dilaporkan oleh pemanggil,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU