Trending

Bomba terima empat bot daripada Yapeim Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima empat unit bot daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Sarawak.

Penyerahan disampaikan oleh Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran Yapeim, Fadlie Zamuri kepada Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman di Ibu Pejabat JBPM Sarawak, di sini hari ini.

Khirudin dalam kenyataan berkata, sumbangan bot tersebut merupakan inisiatif Pembangunan Sosial Ekonomi dan Amal Jariah Yapiem melalui Program Inspirasi Qaseh Kami-Bencana (Bot Lengkap).

Jelasnya, bot tersebut dilengkapi enjin lapan kuasa kuda dua lejang jenis Mercury bernilai RM11,000 seunit bagi kegunaan jabatan untuk operasi kebombaan dan penyelamat.

Katanya, dua unit bot tersebut akan ditempatkan di Zon Kuching manakala dua unit lagi di Zon Miri.

Bot sumbangan Yapeim Sarawak dilengkapi enjin lapan kuasa kuda dua lejang yang akan digunakan oleh JBPM untuk operasi kebombaan dan menyelamat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru