ARTIKEL

Bombardier CL- 415 bantu padam kebakaran di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pesawat Bombardier CL- 415 milik Maritim Malaysia digunakan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (bomba) memadam kebakaran tanah gambut di Sri Aman.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pesawat bersama kru tiba di Kuching pagi tadi setelah berlepas dari Miri pada lebih kurang jam 9.15 pagi.

Beliau yang juga Komander Operasi bagi pengoperasian pesawat Bombardier CL-415 memberitahu, pesawat ini hanya akan memulakan operasi pemadaman kebakaran sebaik sahaja selesai taklimat operasi yang akan diadakan di Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching bersama bomba.

“Kami dimaklumkan keluasan kawasan kebakaran adalah seluas 202 hektar namun setakat ini, hanya 51 hektar kawasan kebakaran yang berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga meminta agar orang awam untuk tidak memburukkan lagi keadaan dengan membuat pembakaran terbuka.

Operasi ini akan dilaksanakan sehingga keseluruhan kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

Pesawat Bombardier CL- 415 milik Maritim akan beroperasi memadam kebakaran tanah gambut di Sri Aman.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan