Trending

Bonglai kuning perisa makanan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BONGLAI kuning atau zingiber cassumunar dalam bahasa saintifiknya berasal dari famili Zingiberaceae.

Ia juga dikenali sebagai halia cassumunar, bonglai bukit, bonglai kunyit, bonglai kampung, bangle dan plai.

Ia merupakan sejenis herba daripada keluarga halia dan lengkuas dan biasanya tumbuh secara liar di hutan terutama kawasan lembap.

Rizom pokok ini berwarna kuning muda dan mengeluarkan bau wangi, berbunga tetapi tidak mengeluarkan buah.

Pokok ini banyak didapati di Thailand dan sering digunakan sebagai perisa makanan di negara itu dan juga sebagai campuran minyak urut.

Selain itu, tumbuhan ini juga amat berguna dalam rawatan perubatan tradisional.

Dalam perubatan aromaterapi, minyak yang diperoleh dari pokok herba ini digunakan sebagai minyak pati dan dipercayai dapat meredakan kesakitan akibat terseliuh atau sakit urat serta masalah keradangan.

Rizom pokok bonglai bukit biasanya dijadikan air rebusan untuk digunakan sebagai herba lepas bersalin.

Daunnya yang disalai atas api dan dibalut pada tempat berkenaan dipercayai dapat merawat seliuh dan sakit urat. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah kurang selera makan dan perut berangin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru