Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Bonus kakitangan awam dikecualikan cukai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Anwar Ibrahim
ANWAR IBRAHIM

KUCHING: Pemberian bonus kepada kakitangan awam di semua negeri di Malaysia akan dikecualikan cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi, maka adalah tidak wajar dikenakan cukai.

“Sekarang ini bonus yang diberikan kerajaan negeri adalah tertakluk kepada cukai.

“Tetapi atas desakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari yang saya fikir munasabah, jadi bonus akan dikecualikan daripada dikenakan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini, hari ini.

Tambahnya, usul tersebut sebenarnya terdahulu dicadangkan oleh Abang Johari untuk semua penjawat awam di Sarawak.

“Walaupun pada mulanya ia dicadangkan untuk Sarawak, namun saya umumkan bahawa ia kini terpakai untuk semua penjawat awam di seluruh negeri di Malaysia,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru