ARTIKEL

Borneo Happy Farm jadi tumpuan keluarga sempena Hari Krismas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi masyarakat yang tidak pulang ke kampung menyambut perayaan Hari Krismas ini, cuti umum tersebut digunakan untuk beriadah dan melawat tempat menarik bersama keluarga di bandar ini.

Tinjauan Suara Sarawak di Borneo Happy Farm di Jalan Batu Kawa-Bau hari ini mendapati, kebanyakan pengunjung bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Kristian, malah kaum lain turut tidak melepaskan peluang menggunakan cuti umum ini untuk bersiar-siar.

Sebahagian pengunjung dan ibu bapa juga dilihat mengambil peluang dengan membawa anak-anak mereka sempena Hari Krismas dan cuti sekolah ke Happy Borneo Farm.

Di Borneo Happy Farm ini, pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan berada di kawasan ini menjadikan ia sebagai tempat lawatan yang cukup menarik.

Berkeluasan 130 ekar, pengunjung dapat menyaksikan haiwan ternakan dengan lebih dekat dan pelbagai spesis tumbuhan yang mungkin kita tidak dapat lihat di tempat lain.

Pekerja Borneo Happy Farm menunjukkan ular untuk pengunjung mengambil gambar
pengunjung memberi makan tikus belanda di Borneo Happy Farm
Pengunjung beratur untuk mendapatkan hadiah Lucky Draw dari Borneo Happy Farm

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU