ARTIKEL

Bos Burger bantu usahawan belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Jenama makanan segera terkemuka Sarikei, Big Bos Burger melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan baharu di seluruh Sarawak. Pengarah Urusan Fadillah Enterprise, Mohammad Fadillah Ali Seman berkata, usaha itu susulan sambutan positif terhadap produk berasas burger halal keluaran syarikat tersebut.

Malah katanya, langkah proaktif itu juga sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bos Burger membantu usahawan meningkatkan pendapatan. “Big Bos membuka peluang kepada belia berusia antara antara 18 hingga 40 tahun untuk berniaga. “Peluang juga terbuka kepada mereka yang sudah berkeluarga dengan syarat perlu komited dan bersungguh-sungguh untuk memajukan diri melalui perniagaan.

“Melalui francais ini, kita menyediakan kelengkapan dan bahan keluaran Fayeed Patties Burger untuk mereka berniaga di tempat masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak selepas menghadiri Program Belia Big Bos anjuran Fadillah Enterprise di Restoran 1 Malaysia di sini, semalam.

Fadillah berkata, fasa pertama pembukaan francais itu bermula 21 Disember tahun lalu dengan tiga gerai Big Bos Burger di Kuala Matu, Tatau dan Kapit.

Peringkat percubaan itu katanya, membuahkan hasil cukup memberangsangkan dengan capaian jualan melebihi RM1,000 bagi setiap gerai dalam tempoh seminggu.

“Cawangan kita di Tatau misalnya mampu meraih jualan sehingga RM6,800 dalam masa 13 hari, Matu Daro hampir RM4,500 manakala Kapit pula mencecah RM2,500 dalam tempoh 11 hari. Bagi saya ini satu pencapaian yang cukup luar biasa.

“Perkembangan positif itu mendorong kita untuk melebar luas jaringan lain di seluruh Sarawak sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan burger Big Bos yang berjaya, berkualiti dan berintergriti,” katanya.

Program pelancaran Belia Big Bos Fasa Kedua yang bertemakan Rupa Biasa Pendapatan Luar Biasa itu disertai 12 usahawan belia tempatan. Fadillah Enterprise satu-satunya syarikat Bumiputera yang mengusahakan jualan trak makanan dan pemprosesan daging burger halal di Sarikei.

Hadir sama, Penolong Pegawai Mara Sarikei, Ruddy Abdul Rahman dan Pengurus Fayeed production, Nurziana Zulmadia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli