Bot karam di Belawai, dua pemancing dikhuatiri hilang

TANJUNG MANIS : Dua pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak di Tanjung Melubak, Belawai malam tadi.

Mangsa dikenalpasti Ibrahim Abg Resdi, 52, dan rakannya, Elfika Ahmad, 29 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kedua mangsa dilaporkan memancing bersama pemancing lain dengan menaiki perahu yang berasingan dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu.

Menurutnya, setiap perahu termasuk perahu mangsa masing-masing dinaiki oleh dua orang.

“Sehubungan itu, semua pemancing lain yang menaiki 10 buah perahu lain selamat, namun perahu mangsa masih belum dijumpai.

“Kita menerima laporan berhubung kejadian ini pada 9.29 malam namun operasi tidak dapat dijalankan kerana cuaca hujan lebat dan ombak besar.

“Sehubungan itu, ops SAR akan dijalankan pada jam 06:30 pagi ini,” katanya.

Suara Sarawak