Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Bot nelayan ditahan jalankan aktiviti perikanan di zon larangan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C sekitar pukul 9.00 pagi, semalam.

Tangkapan dibuat pada kedudukan 9.6 batu nautika dari Simalajau atas kesalahan menjalankan aktiviti perikanan di zon larangan.

Tangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan, sebuah bot nelayan kelas C ditahan pada kedudukan 9.6 batu nautika dari Similajau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, anggota penguat kuasa Maritim Malaysia Zon Bintulu melakukan tangkapan menggunakan bot samaran di kawasan yang menjadi titik panas kegiatan penangkapan ikan.

Hasil pemantauan katanya, anggota penguat kuasa (Maritim Malaysia) telah mengesan bot terbabit sedang menunda dalam keadaan yang mencurigakan.

Katanya, bot tersebut dikendalikan seorang tekong tempatan bersama-sama lima orang kru warga Indonesia berumur antara 28 hingga 56 tahun.

“Seorang kru yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah, manakala empat yang lain disyaki menyalahgunakan pas atau permit yang telah diberikan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Khairol lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, syarat dalam buku lesen menetapkan kawasan yang dibenarkan untuk menangkap ikan adalah 12 batu nautika dari pantai.

Baca lain  Pesara guru rugi RM199,000 diperdaya 'parcel scam'

“Bot dan kesemua kru ditahan untuk tindakan lanjut bersama-sama hasil tangkapan ikan campur 300 kilogram dipercayai baru ditangkap serta kapal dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000 untuk siasatan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru