ARTIKEL

Bot tempatan ditahan guna khidmat warga asing tanpa kebenaran pihak berkuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah bot pukat tunda tempatan  masing-masing bersama seorang kru tempatan dan warga Indonesia ditahan anggota Bot Ronda RH20 Pasukan Polis Marin Wilayah Bintulu di perairan Bintulu di sini, dalam Operasi Benteng Covid-19, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Bintulu Asisten Superintenden Ezuandi Bahadin berkata  bot berkenaan ditahan kerana menggunakan khidmat nelayan asing tanpa kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia.

Beliau berkata selain bot tunda, pihak berkuasa turut merampas sebuah buku lesen bot, masing-masing satu set kompas, pukat tunda,  GPS plotter dan radio VHF ICOM serta dua set papan tanda dengan keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai kira-kira RM 250,000 dalam operasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan, katanya, mendapati bot tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya