ARTIKEL

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Maritim Mohd Hanis Mohd Yunus berkata kejadian itu melibatkan nelayan berusia antara 43 hingga 63 tahun dan bot mereka terbalik akibat ombak besar sekitar 6 pagi.

Beliau berkata pihak Maritim menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op CARILAMAT) semua mangsa setelah menerima aduan daripada orang awam.

“Maklumat awal kejadian, bot nelayan itu dinaiki oleh lima orang kru keluar ke laut untuk memukat ikan, namun cuaca buruk dan ombak besar menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam.

“Sejurus menerima maklumat itu, MRSC Johor Bahru mengaktifkan Op CARILAMAT pada 9 pagi dan Bot Penggalang 30 dari Zon Maritim Batu Pahat diatur gerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Hanis sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati bot nelayan itu kelihatan hampir tenggelam sepenuhnya.

Beliau berkata seorang mangsa berusia 43 tahun diselamatkan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan.

“Operasi pencarian diperluaskan dengan penambahan radius kawasan kepada 23 batu nautika persegi.

“Selain Maritim Malaysia, operasi itu juga dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Nadin Amizah tampil memukau di Weekend Fest

PENYANYI dan artis Nadin Amizah tampil memukau pada hari kedua Weekend Fest 2024 di QBIG, Tangerang, Indonesia dengan mempersembahkan lapan buah lagu istimewa. Walaupun diiringi

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program