Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Bountee Esports Gym penanda aras entiti Esports di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TERSERGAM INDAH....Bangunan Bountee Esports Gym.

KUCHING: Kemajuan terhadap sukan Esports di Sarawak terus terserlah dengan projek menaik taraf Gym Bountee Esports.

Pusat yang berperanan meningkatkan serta memperkasakan pembangunan sukan Esports di negeri ini.

Terletak di Bandaraya Kuching (Jalan Foochow 1), Gym Bountee Sports yang kini dalam proses naik taraf dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun nanti.

Pusat tersebut turut mempunyai ruang untuk latihan dan pembangunan (ruang permainan), bilik pertandingan, bilik pengeluaran dan simulator perlumbaan.

Di samping menyediakan perkhidmatan pembangunan kecergasan mental dan kajian psikologi moden yang mempunyai pakar bertauliah.

Selaras dengan pelan hala tuju pertumbuhan pusat berkenaan yang mensasarkan menjadi sebuah pusat yang bertauliah.

Pihak pengurusan pusat berkenaan sedia menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Kementerian Belia Sukan (KBS) Malaysia serta semua badan berkaitan.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi gembira dengan adanya pusat berkenaan.

Menurut Afiq, kewujudan pusat ini dilihat sebagai contoh yang cukup hebat serta menganggap ia sebagai pendekatan yang unik dan pemikiran inovatif.

“Ini boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk entiti Esports lain di Sarawak.

“Pihak SESA akan menyokong penuh inisiatif menerusi mekanisme membabitkan acara memperkasakan Bountee, menjadikannya pusat latihan Esports untuk atlet yang terlibat dengan Sukan Malaysia (SUKMA) nanti,” tegasnya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini boleh melayari laman Facebook di https://www.facebook.com/bounteesports.

TERSERGAM INDAH….Bangunan Bountee Esports Gym.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru