Trending

‘Boy’ gantung kasut

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pemain pertahanan berpengalaman Kuching City FC (KC FC), Mohd. Hairol Mokhtar, 37 akur apabila terpaksa melupakan hasrat untuk terus bersama rakan-rakan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2022.

Bekas ketua pasukan The City Boys itu antara pemain yang tidak disambung kontrak musim depan ekoran masih dibelenggu kecederaan yang sekali gus memerlukan masa agak lama untuk pulih.

“Kederaan lutut kaki kiri yang dialami ketika ini antara faktor saya digugurkan dari skuad untuk saingan musim depan.

“Saya akur dengan keputusan pihak pengurusan dan memahami semua itu,” ujar Mohd. Hairol yang lebih dikenali sebagai Boy dikalangan rakan-rakannya.

Menurutnya, sebagai pemain profesional beliau menerima keputusan itu dengan rasa terbuka.

Tambahan pula katanya, kecederaan dialami dirinya perlu melalui pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Mohd. Hairol mula menyarung jersi KC FC pada tahun 2019 hingga 2021.

Sebelum itu, beliau pernah menyarung jersi pasukan Sarawak dari tahun 2009.

Rentetan dari itu, Mohd. Hairol akan kembali bertugas bersama majikan asalnya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak lengurusan KC FC dan DBKU atas sokongan yang diberikan sepanjang mengharungi kerjaya sebagai pemain bola sepak,” jelas beliau lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru