ARTIKEL

BPHB catat peningkatan hasil sebanyak 8.6 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) tahun lalu secara keseluruhan mencatat pendapatan operasi sebanyak RM791.26 juta.

Pengerusinya, Datuk Abdul Mutalib Alias memberitahu hasil itu meningkat sebanyak 8.6 peratus berbanding tahun sebelumnya (2021).

Menurutnya, pendapatan dari gas asli cecair (LNG) menyumbang 49 peratus daripada jumlah pendapatan operasi, sekali gus kekal menjadi penyumbang pendapatan utama.

“Peningkatan dalam jumlah kargo yang dikendalikan oleh ketiga-tiga anak syarikat operasi turut menyumbang kepada pendapatan operasi yang cemerlang ini,” katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 BPHB di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, keuntungan selepas cukai menurun kepada RM127.72 juta berbanding RM363.19 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Terangnya, hal tersebut berlaku ekoran terdapat transaksi sekali sahaja dalam pengiktirafan aset cukai tangguh daripada elaun cukai pelaburan yang tidak digunakan pada 2021.

“Pun demikian, asas kewangan yang kukuh dan ketahanan operasi Kumpulan BPHB sebagai pembekal perkhidmatan pelabuhan dan marin membolehkannya mencapai beberapa tonggak korporat pada 2022,” katanya.

Ahli Lembaga Pengarah BPHB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Datuk Seri Fong Joo Chung dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ruslan Abdul Ghani turut hadir.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC