KAPIT: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD) Kapit telah melancarkan Ops Lusuh, semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit menerusi satu kenyataan di laman Facebook menyatakan bahawa operasi itu bertujuan membuat pemeriksaan ke atas kedai yang menjual dan membeli barang-barang lusuh atau lebih dikenali sebagai kedai besi buruk.
“Pemeriksaan adalah untuk mencegah agar tidak terdapat kedai barang lusuh yang terlibat dalam urusan jual beli barang-barang curi.
“Sekiranya barang yang dijual disyaki adalah barang yang dicuri, segera laporkan kepada pihak polis,” ujar kenyataan itu.
Sehubungan itu tegasnya, pemilik kedai dinasihatkan untuk berhati-hati semasa membuat urusan jual beli bagi memastikan ia tidak melibatkan sebarang barangan curi.
