ARTIKEL

Brazil memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027.

Brazil tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Thailand: Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 di sini semalam, lapor Xinhua.

Brazil menerima 119 undi daripada Kongres, mengalahkan bidaan bersama Belgium, Belanda dan Jerman yang memperoleh 78 undi.

Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.

FIFA sebelum ini menerima dua tawaran awal untuk menjadi tuan rumah acara 2027 itu, iaitu bidaan bersama oleh Amerika Syarikat dan Mexico, dan bidaan tunggal dari Afrika Selatan, tetapi kemudian mereka menarik diri untuk memberi tumpuan kepada bidaan bagi kejohanan pada tahun 2031.

Piala Dunia Wanita FIFA 2023 telah diadakan di Australia dan New Zealand, di mana Sepanyol merangkul gelaran juara. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC