ARTIKEL

Britain's Prime Minister and leader of the Conservative party, Rishi Sunak acknowledges the applause after speaking at a general election campaign event at the ExCeL in east London, on May 22, 2024. UK Prime Minister Rishi Sunak on Wednesday set a general election date for July 4, ending months of speculation about when he would go to the country. (Photo by HENRY NICHOLLS / AFP)

Britain adakan pilihan raya umum 4 Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Britain bakal mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri Rishi Sunak.

“Awal hari ini, saya menghadap Raja (Raja Charles III) untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen.

“Baginda memperkenankan permintaan itu dan pilihan raya umum diadakan pada 4 Julai,” kata Sunak di hadapan pejabatnya di 10 Downing Street pada Rabu.

Pengumuman perdana menteri itu dibuat hanya beberapa jam selepas kadar inflasi di negara itu turun mendadak kepada 2.3 peratus, paras terendah dalam hampir tiga tahun.

Parti Konservatif yang memerintah menganggap perkembangan itu sebagai pencapaian yang menggalakkan.

Lima ikrar perdana menteri pada Januari 2023, termasuk mengurangkan inflasi yang meningkat melebihi 11 peratus pada akhir tahun 2022.

Pada 30 Mei, Parlimen Britain dibubarkan secara rasmi dan kempen pilihan raya berlangsung sehingga hari pengundian pada 4 Julai.

Sementara itu, Istana Buckingham dalam kenyataan berikutan pengumuman Sunak berkata; “Keluarga Diraja mengikut prosedur biasa, menangguhkan penglibatan yang mungkin kelihatan mengalihkan perhatian atau mengalih perhatian daripada kempen pilihan raya.” – Bernama

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual