ARTIKEL

Rishi Sunak Foto:REUTERS

Britain adakan Pilihan Raya Umum pada 4 Julai – PM Sunak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Britain akan mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri, Rishi Sunak.

“Awal hari ini, saya telah menghadap Raja (Raja Charles III) untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen.

“Raja telah memperkenankan permintaan itu dan kita akan mengadakan pilihan raya umum pada 4 Julai,” kata Sunak di hadapan pejabatnya di 10 Downing Street pada Rabu.

Pengumuman perdana menteri itu dibuat hanya beberapa jam selepas kadar inflasi di negara itu turun mendadak kepada 2.3 peratus, paras terendah dalam hampir tiga tahun.

Parti Konservatif yang memerintah menganggap perkembangan itu sebagai pencapaian yang menggalakkan.

Lima ikrar perdana menteri pada Jan 2023, termasuk mengurangkan inflasi yang telah meningkat melebihi 11 peratus pada akhir tahun 2022.

Pada 30 Mei, Parlimen Britain akan dibubarkan secara rasmi dan kempen pilihan raya akan berlangsung sehingga hari pengundian pada 4 Julai.

Sementara itu, Istana Buckingham dalam kenyataan berikutan pengumuman Sunak berkata: “Keluarga Diraja akan mengikut prosedur biasa, menangguhkan penglibatan yang mungkin kelihatan mengalihkan perhatian atau mengalih perhatian daripada kempen pilihan raya”.

– Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat