ARTIKEL

PDRM

Buang bayi atas anak tangga pangsapuri, suspek dicari polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Bayi perempuan dipercayai baru lahir ditinggalkan atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya di sini pada 11 Mac lalu.

Seorang daripada ahli keluarga penghuni pangsapuri tersebut berkongsikan dalam Facebook.
Menurutnya, bayi berkenaan masih bertali pusat dan memiliki kesan darah dan tidak berpakaian semasa ditemukan.

“Keluarga kami kemudian menghubungi polis serta Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tindakan lanjut.” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Laporan dibuat di Balai Polis Setiap Indah dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.

Suspek yang terbabit kes buang bayi belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU