ARTIKEL

Buang stigma masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa.

“Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,” katanya.

MASF 2024, anjuran Hawary Sports Centre dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), merupakan inisiatif dalam bentuk pertandingan untuk memberi terapi kepada peserta autistik yang dikaitkan dengan masalah kemahiran bersosial.

BAKAT

Sementara itu, Suara Sarawak sempat menemu bual beberapa ibu bapa yang menyertai festival tersebut.

Menurut Zuriati Abu Bakar, 41, kepercayaan adalah penting dalam mendidik kanak-kanak istimewa.

“Kita bagi ruang, masa dan peluang kepada mereka untuk menyerlahkan bakat seperti kanak-kanak biasa.

“Jika diberi peluang untuk mereka terokai kelebihan, pasti mereka akan bersinar juga,” katanya.

Jelasnya, ia merupakan salah satu ujian kesabaran dalam menangani anak autistik.

Dia mengaku ia tidak mudah, namun setiap tindakan yang diambil memberi makna kepada golongan ini.

Senada dengannya, pasangan Fauzian Danila dan Afiz Abdullah dari Selangor, yang turut berkongsi tentang cabaran dan pengalaman dalam menguruskan dua anaknya yang autistik.

Mereka menyifatkannya sebagai anugerah dan amanah besar untuk dipikul.

KEYAKINAN DIRI

Fauzian dan Afiz mendaftarkan dua anaknya untuk menyertai program yang diadakan.

Kata mereka, ia sebagai pendedahan kepada dunia luar selain meningkatkan daya keyakinan diri.

“Pengesanan awal amat penting. Bermula seawal usia dua tahun, kita cuba kesan dengan melakukan pemeriksaan.

“Kita mesti sokong, beri perhatian dan panduan kepada mereka. Lebih awal, lebih baik,” katanya.

Dengan pengesanan awal, potensi golongan ini dapat dilihat dari segi kecenderungan masing-masing.

“Bermula pengesanan itu, kita dapat menentukan langkah seterusnya untuk diambil.

“Ia proses menyaksikan mereka membesar dengan sihat, mencapai apa-apa yang mereka mahukan,” jelasnya.

Sementara itu, Nurbaya Mohd Rosli, 43, dari Kuala Lumpur, memberitahu bahawa penglibatan anak autistik dalam apa-apa program amat penting untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

“Ia mampu membina daya tahan, keyakinan dan menyerlahkan bakat terpendam, sama ada dalam akademik mahupun sukan.

“Apabila mereka yakin, maka tidak timbul masalah untuk bersosial dengan melibatkan diri dalam program yang dianjurkan.

“Kami banyak menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Hawari.

“Dalam pertandingan kali ini, Adam mencapai kejayaan dalam kategori laut terbuka di Pulau Redang.

“Kami sangat gembira, penganjuran kali ini di Santubong, Kuching.

“Ini merupakan pendedahan baharu untuk Adam,” katanya.

Sudah tentu tahap perhatian yang diperlukan amat tinggi dan penting dalam memastikan anak istimewa ini sentiasa terjaga dan selamat.

“Sebagai ibu bapa dan masyarakat prihatin, layanan sama rata harus diberikan kepada mereka,” tegasnya.

Aspek keterangkuman sosial itu penting dalam memastikan tiada seorang pun insan mahupun golongan itu yang tercicir daripada menerima manfaat serta bantuan.

BERITA LAIN

Berenang terapi autisme

PENGANJURAN FESTIVAL RENANG AUTISME (MASF) 2024 disifatkan mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kanak-kanak autistik. Ia mendedahkan golongan ini kepada persekitaran luar serta mencungkil bakat terpendam

Lagu UiTM mendunia

TULAR di media sosial apabila beberapa video di aplikasi TikTok melihatkan graduan luar negara yang menggunakan lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai isi kandungan. Video

Isteri bahagia keluarga harmoni

ISTERI bahagia penting dalam konteks keharmonian keluarga dan peranan wanita. Isteri bahagia merujuk kepada keadaan wanita tersebut berasa puas dan gembira dengan kehidupan perkahwinannya serta

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta