ARTIKEL

SUMBANGAN… Teo Nie Ching menyerahkan replika cek sumbangan bagi masjid dan surau di kawasan Parlimen Kulai kepada Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd Rashidi (tiga kanan) pada Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai Sempena Bulan Ramadan hari ini.

Buat aduan SKMM jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KULAI, Johor: Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya rakaman gambar dan video anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata SKMM juga mempunyai kuasa untuk menurunkan kandungan media sosial melibatkan kanak-kanak yang dimuat naik tanpa kebenaran ibu bapa dan penjaga mereka bagi memastikan tiada mana-mana pihak dieksploitasi demi kepentingan peribadi.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi tidak mempunya garis panduan khusus berhubung perkara tersebut, namun Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai panduan jelas mengenai penggunaan media sosial melibatkan guru dan murid yang dikeluarkan sejak 2017.

“Prinsipnya adalah bagi gambar dan video kanak-kanak, sangat penting untuk kita dapatkan persetujuan ibu bapa kerana mereka penjaga kepada budak-budak tersebut, persetujuan itu perlu dan ia (kuasa menurunkan kandungan) terpakai bagi semua platform. Tindakan akan diambil jika dimuat naik tanpa kebenaran.

“Jadi, sekiranya Kementerian Komunikasi atau SKMM terima aduan video TikTok atau media sosial lain, guna pakai gambar atau video kanak-kanak tanpa persetujuan ibu bapa, SKMM akan hubungi platform tersebut untuk turunkan kandungan itu kerana persetujuan itu sangat penting,” katanya.

Baca lain  Petugas KKM kini lesu upaya ekoran peningkatan kes ICU COVID-19

Teo berkata demikian kepada media selepas Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai Sempena Ramadan di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini di mana beliau selaku Ahli Parlimen Kulai telah temenyumbang sebanyak RM87,000 kepada 29 masjid dan 58 surau dalam kawasan Parlimen tersebut sempena Ramadan tahun ini.

Pada 18 Mac lepas, Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Rafiq Razali, dilaporkan mendesak guru supaya tidak menjadikan pelajar mereka sebagai kandungan di media sosial, terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.

Pada 4 Mac lepas, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dilaporkan sebagai berkata golongan guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan platform media sosial, dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan berkenaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU