ARTIKEL

polis

Buat laporan palsu disamun, gara-gara tidak dapat bayar semula wang majikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Gara-gara tidak dapat membayar semula wang milik majikan, seorang lelaki tempatan sanggup membuat laporan polis palsu yang mendakwa dirinya disamun.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek berumur 22 tahun itu mendakwa dirinya disamun disamun dua individu tidak dikenali di perhentian bas, Jalan Bako, di sini, jam 10 pagi semalam.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek hanya mereka-reka cerita kerana telah menggunakan wang sebanyak RM1,940 yang diamanahkan oleh majikannya untuk kegunaan peribadi.

“Suspek terpaksa membuat laporan palsu kerana tidak dapat membayar semula wang tersebut kepada majikannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, kertas siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan telah dibuka berhubung kes tersebut.

Katanya, kesalahan boleh memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai diingatkan agar tidak membuat laporan palsu sehingga memberikan gambaran negatif berlakunya kejadian jenayah di Daerah Kuching.

Tegasnya, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berbuat demikian.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu