ARTIKEL

Tiong Ling Hii (tengah) bercakap pada sidang media bersama JBPM Sarawak, NREB Sarawak dan ZHA Environmental Sdn Bhd di Ibu Pejabat JPBM Sarawak, di sini, hari ini. Turut kelihatan Bernard (kiri) dan Jack (kanan).

Buat pelupusan tayar terpakai cara teratur menerusi syarikat lantikan kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat di Sarawak, khususnya pemain industri yang terlibat dengan penjualan tayar, diseru untuk membuat pelupusan tayar terpakai dengan cara teratur menerusi ZHA Environmental Sdn Bhd. 

Syarikat itu telah dilantik oleh Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sejak 2012 hingga 2038 untuk mengutip tayar terpakai secara percuma sekali gus menguruskan pelupusan tayar dengan lebih sistematik di seluruh negeri ini.

Tiong Ling Hii (tengah) merakam kenangan bersama-sama dengan Bernard (tiga kiri) dan Jack (tiga kanan) serta wakil lain.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata usaha tersebut penting untuk mengurangkan risiko kebakaran melibatkan tayar yang disimpan di rumah atau premis perniagaan.

“Jika kita lihat, terdapat juga insiden kebakaran melibatkan tayar terpakai dilaporkan dan ia telah menyebabkan tempoh pemadaman api memakan masa yang agak lama.

“Selain itu, kebakaran yang melibatkan tayar ini juga boleh menyumbang kepada pencemaran udara disebabkan asap itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama JBPM Sarawak, NREB Sarawak dan ZHA Environmental Sdn Bhd di Ibu Pejabat JPBM Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam, menambah peranan ketiga-tiga agensi juga penting untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung cara pelupusan tayar terpakai.

Katanya, dalam tempoh 10 tahun, iaitu 2013 hingga 2023, ZHA Environmental Sdn Bhd telah berjaya mengutip kira-kira 93,860 tan metrik tayar terpakai di negeri ini.

Dalam pada itu, Pengarah ZHA Environmental Sdn Bhd, Bernard Yong, memberitahu bahawa tayar yang dikitar semula itu juga akan dibekalkan kepada industrilain untuk membuat lantai taman permainan, tikar gim dan produk automotif.

“Kami mengalu-alukan masyarakat yang mempunyai tayar terpakai untuk menghubungi kami, ia mudah kerana kami beroperasi di seluruh Sarawak dari Isnin hingga Sabtu,” jelasnya.

Orang ramai yang berminat untuk melupuskan tayar terpakai boleh memghubungi ZHA Environmental Sdn Bhd di talian 082-287599.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU