PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Buat semakan maklumat pengundian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my.

Selain itu boleh menghubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“Semakan boleh dibuat mulai 31 Oktober,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar hari ini selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR bagi menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, Abdul Ghani berkata SPR akan melaksanakan kempen `Jom Kita Undi` melalui pelbagai saluran media termasuk di media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi-lokasi
strategik tumpuan awam dan tempat-tempat lain yang bersesuaian.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR turut menawarkan kepada mana-mana agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk organisasi yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRU-15 bermula pada hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

“Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat-pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi serta perlu mematuhi kesemua syarat pelantikan yang telah ditetapkan oleh SPR,” katanya.

Abdul Ghani berkata permohonan untuk menjadi Pemerhati Pilihan Raya telah dibuka pada 11 Oktober dan ditutup pada 21 Oktober.

Permohonan masih boleh dikemukakan kepada SPR melalui emel pemerhati@spr.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.spr.gov.my.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru