ARTIKEL

Buaya ancam penduduk Rh. Nanga Oyan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Ancaman buaya kini membimbangkan penduduk Rh. Nanga Oyan, di sini termasuk murid sekolah rendah yang berdekatan dengan Sungai Mujong.

Malah, reptilia itu turut dilihat cuba membaham haiwan ternakan dan peliharaan penduduk, dengan kelibat terakhir ia dilihat pada 26 Jun lalu.

Ekoran itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (bomba), polis, Jabatan Hutan bersama-sama pihak sekolah dan penduduk kampung telah menjalankan operasi menangkap buaya itu sejak 26 Jun lalu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pancing telah dipasang di hulu dan hilir sungai, masing-masing pada jarak satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Oyan namun tidak berhasil.

“Pemantauan pancing yang dipasang di hulu dan hilir sungai masih belum berhasil.

“Buaya masih belum dapat dikesan di sepanjang tebing dan sungai berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya operasi dihentikam sementara pada hari ini sehingga ada penemuan dan maklumat baharu daripada penduduk.

Pemasangan pancing di hulu dan hilir Sungai Mujong tetapi tidak berhasil menangkap buaya yang mengamcam keselamatan penduduk Rh. Nanga Oyan, Kapit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU