Buaya jantan Sg Raan, Bakam “dipancing”

MIRI: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar, Sarawak Forestry Corporation (SWAT SFC) Miri menangkap seekor buaya di Sungai Raan, Bakam di sini, hari ini.

Buaya jantan sepanjang 9 kaki 2 inci itu berjaya ditangkap menggunakan kaedah pancing.

Menurut SFC, operasi menangkap buaya itu dibuat susulan aduan orang awam pada Selasa lepas, tentang seekor buaya yang kelihatan di tebing sungai berkenaan.

“Sampel buaya tersebut diambil untuk penandaan dan buaya berkenaan dihantar ke Benaya Farm Kuala Baram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang awam yang ingin membuat laporan tentang hidupan liar boleh menghubungi SFC di Kuching (019 8859996), Sibu (019 8883561), Bintulu (019 8332737), Miri (019 8290994).

Suara Sarawak