ARTIKEL

Buaya jantan sepanjang 15 kaki dan dianggarkan seberat 400 kg ditangkap di Kampung Rimba Padi.

Buaya sepanjang 15 kaki ditangkap di Kampung Rimba Padi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Seekor buaya jantan sepanjang 15 kaki dengan anggaran berat 400 kilogram berjaya ditangkap di Kampung Rimba Padi di sini, hari ini.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, reptilia ganas itu memasuki perangkap pada awal pagi setelah dipasang perangkap kail oleh Pasukan ‘Swift Wildlife Action Team’ pada sebelah malam.

Reptilia ganas itu masuk perangkap kail buaya yang dipasang pasukan SWAT SFC pada malam Ahad.

Katanya, pasukan SWAT telah memasang dua unit kail buaya setelah menerima aduan daripada Ketua Kaum Kampung Rimba Padi Mustapha Reli pada 9 Januari lalu.

“Aduan ini diterima di mana seekor buaya dewasa kelihatan di tebing Sungai Pati berdekatan rumah Kampung Rimba Padi.

“Satu video telah diambil oleh orang kampung di mana kaki pancing cuba berprovokasi dari atas jambatan menyebabkan buaya melompat dari permukaan air cuba menerkam kail pemancing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, buaya yang ditangkap telah mati dan diserahkan kepada anggota Samarahan Crocodile Hunter Francis Chai untuk dilupuskan.

Dalam masa yang sama, SFC mengingatkan orang ramai untuk tidak memberi makan dan melakukan provokasi terhadap reptilia itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU