ARTIKEL

Buaya sesat ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Gagal menemukan jalan pulang, seekor buaya sepanjang lapan kaki yang memasuki kawasan kediaman penduduk di sini melalui parit ketika air pasang besar akhirnya tumpas selepas berjaya dijerat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.45 malam menyatakan keberadaan reptilia itu.

“Ketika bomba sampai, buaya terbabit telah berjaya ditangkap oleh pasukan Rela bersama-sama penduduk kampung dengan menggunakan tali.

“Buaya sepanjang lapan kaki itu dipercayai memasuki kawasan kediaman penduduk melalui parit ketika air pasang besar, namun sebaik air surut ia tidak menemukan jalan pulang,” katanya di sini, malam tadi.

Jelasnya, buaya tersebut kemudian ditarik ke atas dan dibawa menggunakan pacuan empat roda jabatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Betong untuk diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), hari ini.

Vincent menambah, antara faktor lain yang menyebabkan reptilia itu naik ke kawasan penempatan penduduk adalah pembuangan sampah ke sungai berdekatan yang boleh menarik minatnya untuk berada di situ.

Justeru katanya lagi, penduduk kampung terutama yang tinggal berhampiran tebingan sungai diminta berwaspada ketika air pasang besar atau banjir kilat.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU