ARTIKEL

Anggota bomba dibantu orang ramai memasukkan buaya tembaga dianggarkan seberat satu tan dan sepanjang 4.5 meter itu ke dalam lori selepas berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai di sini hari ini.

Buaya tembaga seberat lebih satu tan ditangkap di Pantai Siring

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JASIN, Melaka: Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat lebih satu tan dan sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai di sini hari ini.

Seorang nelayan, Mohd Amin Mohd Yatim, 53, berkata dia menemukan reptilia itu kira-kira 10.15 pagi lebih kurang 50 meter dari pinggir pantai berkenaan.

“Saya terus menghubungi beberapa rakan sebelum kemudian menggerakkan empat bot untuk menangkap buaya terbabit bersama-sama tujuh rakan. 

“Kami berdepan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan buaya itu yang bertindak agresif dan kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah sebelum berjaya menangkapnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Amin berkata dia sememangnya mengetahui kewujudan buaya di pantai berkenaan sejak setahun lepas, namun tidak sebesar saiz buaya yang ditangkap hari ini.
 
Amin Ali, 64, pula berkata dia yang sedang menjaring ikan bersama isteri, Norizah Abdul, 54, segera menghampiri rakan-rakannya untuk membantu apabila melihat keadaan agak cemas.

Amin, yang menjadi nelayan sejak 40 tahun lepas, berkata kehadiran buaya di pantai itu dilihat sejak setahun lepas ketika turun ke laut, namun dia tidak pernah diganggu ketika menangkap ikan.

“Saya jumpa buaya kira-kira enam kali sebelum ini tetapi ukurannya hanyalah kecil dan sederhana sahaja, kali ini saiznya agak besar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan buaya itu kira-kira 12.06 tengah hari tadi.

“Sejurus tiba, bomba dapati seekor buaya tembaga sepanjang 4.5 meter dalam keadaan telah diikat pada bahagian ekor dan mulut selepas berjaya ditangkap oleh nelayan.

“Pihak bomba menggunakan jentera lori dari BBP Ayer Keroh bagi menyerahkan buaya itu kepada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA