Budak 13 tahun lemas di Tasik Sibu Jaya

SIBU: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia selepas lemas sewaktu menyertai aktiviti mandi-manda bersama rakan-rakannya di Tasik Sibu Jaya, Lorong 20, Taman Sibu Jaya tengah hari tadi.

Menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa dikatakan berenang bersama rakannya di kolam tersebut pada jam 11 pagi dengan kedalaman kolam dianggarkan 12 kaki.

“Pihak kita telah tiba ke lokasi dan dimaklumkan oleh pihak Polis pada jam 1.30 tengah hari dan mangsa telah dijumpai oleh orang awam yang turut sama mencari dalam oprasi tersebut.

“Mangsa telah ditemui dengan pada jarak kedalaman 20 kaki di tengah kolam dan operasi mencari dan menyelamat dengan mengunakan kaedah ‘water surface’ telah dijalankan bersama dengan bantuan orang awam,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan tersebut mangsa telah berjaya dinaikkan serta diangkat dari dasar kolam yang berbecak serta berlumpur.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis dan operasi tamat pada jam 1.40 petang.

Suara Sarawak