ARTIKEL

Budak empat tahun terbit buku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

EMIRIAH ARAB BERSATU: Seorang kanak-kanak di Emiriah Arab Bersatu menjadi orang termuda di dunia yang menerbitkan buku pada usia hanya 4 tahun 218 hari.

Lapor Buku Rekod Dunia Guinness, Saeed Rashed AlMheiri berusia 4 tahun 218 hari ketika menerbitkan bukunya, The Elephant Saeed and the Bear.

Rekod itu disahkan apabila 1,000 salinan buku berkenaan habis dijual, kata Guinness.

AlMheiri yang bukunya berkenaan kebaikan dan persahabatan berkata, dia mendapat inspirasi daripada kakaknya, AlDhabi, yang memegang gelaran Rekod Dunia Guinness untuk individu termuda (perempuan) menerbitkan buku dwibahasa dan orang termuda (perempuan) menerbitkan siri buku dwibahasa.

“Saya sangat menyayangi kakak dan saya suka bermain dengannya sepanjang masa.

“Kami membaca, menulis, melukis dan melakukan banyak aktiviti bersama-sama.

Saya menulis buku (diilhamkan olehnya) kerana merasakan saya juga dapat memiliki buku sendiri,” kata pemegang rekod dunia termuda itu.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah