Trending

Budak kecil pun boleh jaring gol

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENGENDALI Kelantan FC, Frank Bernhardt menyifatkan pemain-pemain The Red Warriors (TRW) mempunyai stamina untuk mengalahkan Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Bagaimanapun, pengendali dari Jerman itu kecewa apabila perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 3-2 kepada The Bos Gaurus kendalian Datuk Lim Teong Kim selepas tuan rumah bermula baik 30 minit pertama.

“Saya kecewa apabila terdapat pemain yang melakukan kesilapan mudah hingga menyaksikan pasukan dibolosi pada minit ke-35.

“Saya juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kekalahan ini kerana budak kecil pun boleh menjaringkan gol, apabila ketumpulan penyudah selain gol mudah dilepaskan kepada pasukan lawan antara masalah utama pasukan ketika ini.

“Sejujurnya Kelantan sentiasa mendapat bola tetapi sering tumpul di bahagian penyudah.

Saya tidak pasti di mana kesilapannya menyaksikan Perak lebih melakukan serangan dalam perlawanan ini,” katanya yang mengakui faktor kecergasan turut mempengaruhi momentum pasukan.

Dalam perlawanan itu, Kelantan terlebih dulu mendahului menerusi gol sendiri Shivan Pillay pada minit ke-14 sebelum jaringan sendiri pemain Perak, Yusri Yuhasmadi menyamakan kedudukan pada minit ke-35 (gol sendiri).

Bos Gaurus kembali di depan hasil jaringan Luciano Guaycochea minit ke-45, diikuti sentuhan Che Suhairi Che Halim melebarkan kedudukan pada minit ke-69, sebelum jaringan minit ke-94 Nurshamil Abd Ghani merapatkan kedudukan.

Sementara itu, Teong Kim mengakui amat gembira tiga mata penting diraih di laman keramat TRW berkenaan, namun menegaskan ia bukan sesuatu kemenangan yang mudah buat pasukan pelawat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru