ARTIKEL

Gambar JBPM

Budak perempuan empat tahun tersepit dalam mesin basuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.53 petang semalam.

“Sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang telah dikerah ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut di dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual.

“Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan semalam.– BERNAMA

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU