ARTIKEL

Budaya bermaafan, elak sengketa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak.

Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai maksud mendalam dan menunjukkan bahawa kita ikhlas.

Mungkin ramai antara kita masih menggunakan ucapan “kosong-kosong” tetapi membawa maksud yang sama.

Namun, Hari Raya Aidilfitri mempunyai nilai agama, budaya dan sosial yang mendalam.

Ia bergantung kepada cara kita sendiri dalam mengucapkan ucapan tersebut kepada orang lain.

Tetapi, lebih sopan sekiranya kita menggunakan perkataan yang memberi makna secara umum.

Justeru, penting untuk tahu dan faham perkataan yang kita ucapkan kepada orang lain supaya ia memberi makna kemaafan sebenar.

Sehubungan itu, bukan umat Islam sahaja yang mengucapkan “selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin”, mereka bukan beragama Islam berkunjung ke rumah.

Kita juga tahu bahawa Sarawak mempunyai kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.

Disebabkan itu, tidak hairan jika hari raya pertama, rumah dipenuhi dengan sanak saudara berlainan agama.

Di kawasan penulis (Mukah), kebanyakan sanak saudara terdiri daripada kaum Cina dan mereka berkunjung pada hari pertama untuk bersama-sama menikmati lemang, ketupat, rendang serta juadah raya yang lain.

TERUS BERHUBUNG

Di samping itu, hari raya juga peluang untuk kita berjumpa sanak saudara yang jauh di mata.

Tentunya ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Walaupun sentiasa berhubung melalui WhatsApp ataupun media sosial lain, tetapi adalah lebih baik apabila bersua muka kerana kita dapat berkongsi banyak pengalaman bersama-sama.

Begitu juga dengan rakan-rakan, tentunya banyak pengalaman dan ilmu baharu yang dikongsikan apabila berjumpa setahun sekali.

Dalam kegembiraan meraikan Aidilfitri, jangan lupa kepada mereka yang meninggalkan kita buat selamanya.

Sepanjang Syawal ini, ambil peluang untuk menziarahi pusara mereka dan sedekahkan al-Fatihah.

Dengan menziarahi pusara tersebut, hargailah setiap masa bersama-sama orang tersayang yang masih bersama-sama kita terutamanya ayah, ibu dan adik beradik.

Kita tidak tahu apa-apa yang bakal berlaku pada masa depan.

Oleh itu, raikanlah Aidilfitri yang berbaki ini dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang antara satu sama lain.

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA