ARTIKEL

BUDAYAKAN SUKAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TIDAK dinafi kan, salah satu usaha untuk kekal sihat secara fi zikal dan mental adalah dengan bersukan. Umum mengetahui bahawa bersukan bukan sahaja melibatkan aktiviti fi zikal, tetapi juga kecerdasan minda.

Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kekuatan otot dan kebolehan aerobik.

Individu bersukan juga dapat mengawal berat badan sekiranya melakukannya dengan kerap dan mencapai berat badan ideal.

Selain itu, risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok dan diabetes dapat dikurangkan. Bersukan tidak semestinya melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bermain basikal dan sebagainya.

Ia juga dapat dilakukan dengan aktiviti santai seperti berjalan kaki atau dikenali sebagai brisk walk.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyarankan rakyat di negara ini mencapai sasaran 10,000 langkah sehari kerana banyak faedah yang diperoleh dengan aktiviti ringkas tersebut.

Di samping menyihatkan badan, ia juga dapat mengurangkan tekanan kerana berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfi n – membuatkan kita ceria.

ERAT SILATURAHIM

Selain menyihatkan tubuh badan, bersukan juga antara platform untuk mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara kaum. Melalui sukan, pelbagai kaum boleh berkumpul dan menjadi satu pasukan.

Tentunya dalam masa sama mewujudkan komunikasi dan secara tidak langsung, kita mempunyai kenalan baharu. Tidak kira, sama ada ia sukan di luar, sukan di dalam dewan atau tradisional, ia tetap menjadi salah satu platform perpaduan di negara kita.

Sebagai contoh, apabila melakukan sukan tradisional, kita dapat berkongsi keunikan sukan tersebut dengan kaum lain. Seperti di Mukah, terdapat sukan tradisional yang dipertandingkan iaitu Lumba Salui Lukut.

Sukan ini merupakan sukan kaum Melanau, tetapi apabila dianjurkan, ia secara tidak langsung mendedahkan sukan tersebut kepada umum. Sukan tradisional perlu dikekalkan supaya ia dapat dirasai oleh generasi akan datang.

PARALIMPIK

Di samping itu, sukan juga tidak terhad kerana golongan kelainan upaya juga mempunyai hak untuk bersukan. Siapa sangka, ada antara mereka yang mewakili negeri dan negara dalam sukan paralimpik? Kekurangan mereka menjadi kelebihan yang perlu dirai dalam sukan.

Kini, kita juga diperkenalkan dengan e-sukan iaitu permainan video sukan elektronik yang semakin popular.

Walaupun ia sukan secara digital, tetapi terdapat beberapa faedah yang boleh diperoleh.

Menurut kajian Universiti Oxford, antara faedah e-sukan ialah membangunkan semangat berdaya saing, meningkatkan keupayaan pelbagai kemahiran, kemahiran sosial, mengurangkan tekanan, disiplin serta kawalan diri.

Aktiviti sukan elektronik perlu diberi perhatian seiring kemajuan teknologi.

Banyak manfaat dan faedah yang kita peroleh daripada bersukan dan bukannya dari segi kesihatan. Disebabkan itu, aktiviti sukan perlu didedahkan kepada anak kecil supaya ia dibudayakan dalam kehidupan.

Oleh itu, kita perlu menghargai aktiviti sukan yang dilakukan tidak kira sukan dalaman, sukan tradisional atau e-sukan kerana semuanya mendatangkan manfaat.

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil