ARTIKEL

Kredit: Facebook The Budimas Charitable Foundation

Budimas perluas Progam Pemakanan ke Sarawak, manfaat lebih 5,000 pelajar seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Budimas (Budimas) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak melancarkan Budimas Food Charity Fund (BFCF) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rampangi, Kuching, Sarawak, menandakan peluasan operasi ke Malaysia Timur. 

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPN Sarawak Ahmat Daud Lugom, yang merasmikan acara itu pada 27 Feb lepas, menekankan kepentingan sarapan berkhasiat bagi meningkatkan tumpuan pelajar dan prestasi akademik. 

Inisiatif itu bermula dengan penyediaan sarapan percuma kepada 300 murid dari SK Rampangi dan SK Rancangan Perumahan Rakyat, dengan rancangan untuk diperluas pada masa depan. 

Budimas turut menyumbangkan kelengkapan sekolah dan enam komputer riba bagi menyokong pembelajaran digital. 

Pegawai Eksekutif Budimas Anne Rajasaikaran menekankan keperluan segera untuk menangani masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan murid sekolah, dengan mengambil kira kesannya terhadap perkembangan dan pendidikan mereka. 

Ditubuhkan pada 2010, BFCF setakat ini telah memanfaatkan lebih 5,000 pelajar di 168 sekolah di seluruh negara dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan dan penderma. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi