ARTIKEL

Karikatur: Ukee

Bufet Ramadan jadi tradisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAMADAN bulan yang mengajar umat Islam untuk berjimat dan mengamalkan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan harian termasuk berbuka puasa.

Namun, pada setiap kali Ramadan, sudah pasti wujud pelbagai promosi bukan sahaja melibatkan barang kelengkapan menyambut Aidilfitri tetapi merangkumi juadah berbuka puasa.

Sebulan atau beberapa minggu sebelum Ramadan, promosi melibatkan bufet atau juadah berbuka puasa sudah mula wujud.

Bufet Ramadan boleh diibaratkan sebagai satu tradisi setiap tahun.

Kita mungkin tidak sedar, idea untuk menikmati bufet sebenarnya lari daripada matlamat asal Ramadan itu sendiri.

Ini kerana bufet itu sendiri tergelincir daripada yang sepatutnya dianjurkan.

Kita lihat sahaja harga bufet Ramadan yang agak mahal.

Secara logiknya, tiada siapa yang mampu makan sebanyak yang dibayar.

Kalau boleh semasa Ramadan ini, kita sepatutnya mengelak diri daripada berbelanja lebih RM50 seorang.

Ketika majlis bufet Ramadan, suasanya hingar dan kelam kabut, solat pun tidak tenteram kerana memikirkan juadah makann yang banyak. Kita perlu sedar, Ramadan bulan berjimat dan mengingati kesusahan orang kurang berkemampuan.

Bagaimana tradisi bufet Ramadan mengingatkan kita tentang kesengsaraan, jika kita sanggup membayar lebih daripada yang kita biasa belanja untuk makan?

Pembuangan makanan pula memang berlaku pada kadar banyak setiap kali Ramadan.

Baca lain  Titik noktah kemelut politik

Ramadan boleh dianggap bulan istimewa kerana pada masa ini, semua hujah atau logik mengenai kos sara hidup ditolak ke tepi.

Menghabiskan wang ratusan ringgit untuk satu malam dianggap perkara biasa sedangkan pada bulan lain, kita berkira sehingga menyalahkan peniaga dan kerajaan disebabkan harga barang mencanak naik.

Memang tidak dinafikan ada dalam kalangan kita menjadikan Ramadan sebagai masa berjimat mengawal belanja, namun bilangannya sedikit berbanding mereka yang melakukan pembaziran.

Kita sepatutnya kembali melihat maksud sebenar bulan mulia ini dan relevannya bufet Ramadan serta kaitan dengan ibadah berpuasa.

Puasa merupakan salah satu daripada rukan Islam — sudah tentu ia dilakukan dengan adab sempurna.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran bahawa puasa seseorang tidak akan diterima jika tuntutan puasa termasuk adab tidak diberi  perhatian.

Orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan tidak perlu.

Dengan itu, puasa menjadi sempurna dan bersih. Ramai orang berpuasa menyusahkan diri dengan lapar dan dahaga.

Namun, pada masa sama membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan nilai puasanya.

Selain itu, orang berpuasa perlu menjaga diri daripada memakan makanan haram atau syubhat khusnya ketika berbuka puasa.

Baca lain  Ikhlas mendidik azimat guru hebat

Kita juga tidak digalakkan untuk banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan pada waktu malam.

Hendaklah kita makan sekadar cukup. Orang berpuasa hendaklah menjauhi kesenangan hawa nafsu dan kenikmatan melampau.

Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati.

Antara adab berpuasa ialah berbuka puasa dengan kurma selain menyegerakan solat maghrib selepas berbuka.

Kita perlu kembali membuat pengiraan untuk bajet bulanan memandangkan kebanyakan masyarakat di Malaysia terutama ibu bapa beragama Islam berdepan tiga cabaran utama.

Sebelum Ramadan bermula, ibu bapa sudah mengeluarkan belanja besar untuk persekolahan anak-anak.

Kemudian disambung pula belanja untuk membeli juadah berbuka puasa.

Selepas sebulan berpuasa, kita akan menyambut Aidilfitri dan ia juga memerlukan perbelanjaan besar.

Pada awalnya, kita sepatutnya bijak mengatur bajet bagi mengelak terjerat hutang atau pinjaman bank

. Ia mungkin menyenangkan kita buat seketika, namun memberi kemudaratan untuk jangka masa panjang.

Tidak salah untuk berbelanja, namun kita perlu mengukur baju di badan sendiri.

Kita perlu berbelanja mengikut kemampuan poket dan bukannya mengikut trend semasa.

Adalah lebih baik kita melabur untuk pendidikan anak-anak kerana menerusi ilmu akan menentukan masa depan mereka dan mengubah kehidupan kita.

Baca lain  Hadiah hebat untuk rakyat

Kalau boleh setiap bulan kita menyimpan atau menabung untuk tabung kecemasan atau tabung masa depan

Setidak-tidaknya jika berdepan masalah kewangan, kita masih mempunyai tabungan untuk dikorek jika berlaku perkara tidak diingini.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan mampu menempuh kehidupan yang semakin mencabar sekarang.

Corak kehidupan sekarang berbeza dengan zaman nenek moyang kita.

Sekarang semua benda dikuasai teknologi. Mahu tidak mahu kita perlu mendalami teknologi terkini bagi membolehkan kita bersaing dalam dunia serba canggih sekarang

Cara mendidik anak-anak juga berbeza sekarang. Ini kerana kebanyakan mereka mempunyai tahap pemikiran tinggi disebabkan pengaruh teknologi.

Anak-anak yang belum memasuki prasekolah sudah pandai membaca atau mengira disebabkan sudah didedahkan dengan teknologi.

Tidak kurang juga yang pandai mengaji walaupun tidak mengikuti kelas mengaji.

Jadi kita sebagai ibu bapa perlu bersedia untuk mengetahui mengenai teknologi walaupun perkara asas.

Malah urusan seharian menuntut kita untuk mengetahui mengenai teknologi walaupun pada kadar paling minima. Jadi kita perlu bijak mengatur kehidupan bagi memastikan masa depan kita lebih cerah.

BERITA LAIN

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

Seni cipta kekayaan

BAGAIMANAKAH cara hendak menjadi bilionair? Kelihatannya bagi kebanyakan kita, hal ini bukannya mudah. Ia satu impian yang sukar digapai oleh lapan bilion manusia di planet

Sampah plastik cemar lautan

KETIKA manusia membuang sampah plastik di taman atau pantai, jalan raya, aliran air – aktiviti alam membawa cebisan plastik itu melalui longkang ke sungai untuk

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

Kosong-kosong

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan. Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh

BERITA TERBARU