ARTIKEL

Bufet senja dan muzik di La Promenade Disember ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengunjung pusat beli belah La Promenade akan disajikan dengan bufet senja dan persembahan muzik bermula 9 hingga 18 Disember ini.

Terletak di aras lima bumbung bumbung La Promenade, bufet berkenaan akan disajikan oleh restoran terkemuka ‘Zoro by Darmus’.

Selain itu, hadirin yang berkunjung akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik popular, Mozaik untuk enam malam sepanjang dua minggu tersebut.

MENARIK…Bufet senja dan muzik di pusat beli belah La Promenade 9 hingga 18 Disember ini.

Bagi bufet dan konsert berkenaan, tiket mula dijual pada harga RM110 manakala setengah harga untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Sementara, La Promenade turut menganjurkan Larian Malam Cuti Sekolah, Peraduan Foto ‘Christmas Street’, dan pembukaan dua restoran baharu Disember ini.

Peraduan foto ‘Christmas Street’ dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Datuk Peter Minos malam tadi.

CANTIK…Datuk Peter Minos (tiga kanan) bersama Pengarah HSL Realty Sdn Bhd Yu Ji dan Pengurus Pemasaran Digital La Promenade Mall Sophia Ong merasmikan dataran pusat beli belah La Promenade yang dihiasi pokok krismas.

Pengurus Pasaran La Promenade Sophia Ong berkata, penyertaan untuk peraduan foto tersebut adalah mudah dan hadiah RM3,000 menanti pemenang.

Katanya, orang ramai cuma perlu memuat naik foto mereka di media sosial dengan tanda pagar #LaPromenadeMall dan  #HSLTower dan memastikan foto mereka diletakkan pada tatapan umum.

“Peraduan foto dan Christmas Street kami merupakan satu acara tahunan.

“Pemenang pada tahun lepas benar-benar menambat hati kami, ibu bapa memakaikan anak-anak mereka sepadan dengan pokok-pokok krismas,” katanya.

Untuk membuat tempahan di Sunset Buffet @ Terrace Bar, orang ramai boleh melayari booking.hslnet.my.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat