SIMUNJAN: Regata Simunjan 2023 disingkap tirainya hari ini. Lapan acara membabitkan kategori berbeza berlangsung pada hari pertama perlumbaan.
Bagaimanapun, perlumbaan perahu bidar 30 pekayuh lelaki (Marathon Rentas Simunjan 3 kilometer) akhir antara yang mencuri tumpuan hampir 1,000 pengunjung yang membanjiri tebingan sungai Batang Sadong.
Kejutan luar jangkaan tercipta apabila menyaksikan kehebatan pasukan Bujang Sigat yang berjaya bergelar juara.
Sekali gus, memberi bayangan awal perahu milik Khamis Hanis dilihat bakal menjadi pencabar utama untuk perlumbaan kategori utama, perahu bidar 30 pekayuh lelaki akhir bagi penentu gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Simunjan 2023 yang akan berlangsung pada Ahad nanti.
Sementara itu, beberapa keputusan perlumbaan pada sebelah pagi tadi. Untuk perahu bidar 10 pekayuh lelaki (Saringan A) yang gah diungguli Cahaya Intan 2.
Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing milik pasukan Intan Terpilih
dan Pancar Arus/Ibnur Firnas.