ARTIKEL

Buka puasa di hotel, restoran dibenarkan dengan makanan hidang, pesanan menu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutus untuk membenarkan majlis berbuka puasa dibenarkan di hotel, restoran dan dewan dengan syarat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menilai garis panduan (SOP) yang dibentangkan oleh Kementerian Kerajaan tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH.

“Antara syaratnya ialah pengusaha hotel, restoran dan dewan wajib memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing sebelum dibenarkan dibuka.

“Selain itu, tiada tempahan berbuka berkumpulan daripada agensi kerajaan dan swasta, hanya kumpulan individu serta ahli keluarga terdekat saja dibenarkan,” katanya.

Tambahnya, bagi tempahan untuk majlis berbuka puasa secara terus (walk-in) tidak dibenarkan.

“Pelanggan juga tidak dibenarkan menunggu dalam barisan, hanya membuat pilihan melalui menu dan makanan dihidang di meja.

“Bilangan pelanggan hanya 50 peratus kapasiti restoran atau maksimum 300 orang untuk dewan atau hotel,” ujarnya.

Untuk maklumat terperinci berhubung SOP, orang ramai boleh melayari laman web MLGH di pautan (https://mlgh.sarawak.gov.my).

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan