Trending

Buka saluran dialog kukuh hubungan bilateral

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan bersama pemerintah Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud menerusi panggilan telefon sejak kedua-dua negara tegang susulan insiden pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi pada 2018.

Panggilan telefon itu dibuat menjelang Sidang Kemuncak G20 yang dipengerusikan Riyadh berlangsung – secara maya selama dua hari bermula semalam.

Erdogan dan Raja Salman turut berbincang tentang hubungan duahala dan saling bertukar pendapat mengenai sidang kemuncak tersebut.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus membuka saluran dialog bagi meningkatkan hubungan bilateral dan membolehkan segala isu diselesaikan,” kata pejabat Presiden Turki.

Ketegangan antara kedua-dua semakin meningkat selepas kejadian kolumnis terkenal The Washington Post dibunuh kejam di Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Sebelum ini, Erdogan pernah – mendakwa pembunuhan itu dilaku kan atas arahan peringkat tertinggi, namun beliau tidak merujuk secara – terus kepada Putera Mahkota Mohammed Salman (MBS).

Pada September lalu, mahkamah – di Riyadh membatalkan lima hukuman mati selepas perbicaraan diadakan secara tertutup pada akhir tahun lalu dan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas mereka. – AFP

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

25 Nov 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol