ARTIKEL

Buka segera persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Iskandar-Jalan Kemena

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming menggesa pihak berkaitan untuk membuka segera persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Iskandar menuju ke Jalan Kemena bagi membolehkan kerja-kerja pembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan.

Sebelum ini menurut beliau, persimpangan lampu isyarat di kawasan terbabit ditutup atas faktor keselamatan pengguna jalan raya.

Johnny Pang meninjau keadaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Iskandar menuju Jalan Kemena.

Katanya, penutupan sebelah laluan jalan terbabit telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sambil menambah berikutan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan tidak memberi kesan kepada jalan tersebut.

Justeru, beliau berharap ia dapat dibuka dengan serta-merta untuk kemudahan para pengguna.

Difahamkan bahawa penutupan jalan akan berterusan sehingga keseluruhan projek pembinaan tersebut siap sepenuhnya.

“Agensi berkaitan seharusnya sentiasa turun padang dan bertindak atau membuat keputusan secara fleksibel mengikut kesesuaian dan keadaan semasa demi kemudahan pengguna jalan raya,” katanya kepada pemberita usai meninjau ke lokasi bersama-sama kakitangan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tanjong Batu, semalam.

Pada masa sama, ADUN Tanjong Batu itu juga berharap agensi berkaitan memberi pertimbangan terhadap aliran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya kerana terdapat banyak kawasan perumahan di sepanjang Jalan Kemena dan Jalan Sibiyu menggunakan simpang lampu isyarat tersebut.

“Saya berharap penutupan jalan tersebut dapat dibuka bagi melegakan keadaan lalu lintas terutamanya waktu petang ketika pengguna pulang dari kerja,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU