ARTIKEL

ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki

Bukan budaya orang Sarawak — Ibrahim Baki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Serangan domestik ke atas premis menggunakan bahan letupan bukan budaya Sarawak dan tidak pernah berlaku di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki, berkata sebagai rakyat Sarawak khasnya dan negara ini amnya, setiap individu perlu mematuhi kedaulatan undang-undang dan tidak mengambil tindakan sendiri.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk meneruskan siasatan.

“Serangan serupa di pelbagai tempat di negara ini menguji perpaduan dan keazaman kita sebagai rakyat Malaysia dan kini masyarakat di Sarawak.

“Malah, kita berkali-kali menunjukkan Sarawak sebagai negeri contoh perpaduan dalam kalangan masyarakatnya yang pelbagai, dan seandainya ada yang menyifatkan sebagai rapuh, itu adalah tidak benar,” katanya.

Beliau turut mengutuk perbuatan itu sekeras-kerasnya sambil menyifatkannya sebagai percubaan keganasan.

“Saya menggesa pihak polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan mengesan pelaku dalam kes ini.

“Saya rasa kita semua berada dalam keadaan yang sama (mengecam perbuatan keji ini) dan apa-apa jenis keganasan tidak boleh diterima dan tiada tempat di Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU