Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Bukan masanya untuk Mageran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) adalah satu kaedah yang tidak praktikal untuk di implementasi dalam konteks masa kini, kata penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung.

Menurutnya, saranan penubuhan Mageran adalah satu langkah yang tidak praktikal kerana keadaan yang dihadapi pada masa ini amat jauh berbeza dengan situasi pada 1969.

“Saya tidak bersetuju kerana kalau kita menubuhkan Mageran dalam negara kita ini, kerana kita sedang berdepan dengan darurat kesihatan dan kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Fokusnya adalah kepada isu-isu berkaitan pandemik Covid-19 menyebabkan rakyat terpaksa hidup dengan norma-norma baharu seperti bekerja dari rumah (BdR) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Saranan penubuhan Mageran ini tambahnya, dilihat masih tidak dapat lari daripada kepompong politik.

“Sebaik-baiknya harus memfokuskan kepada isu pandemik Covid-19 kerana itulah isu utama yang berkepentingan awam.

“Ini termasuk isu penyebaran berita palsu yang sering mengeruhkan keadaan dan menggalakkan lebih ramai masyarakat tampil untuk menerima vaksin sehingga imuniti kelompok tercapai,” jelasnya.

Baca lain  Tindakan pantas banteras dadah

Sementara itu, Dr Lee turut menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak lebih ke hadapan dalam kesiapsiagaan untuk program imunisasi Covid-19.

“Oleh itu, kita harus bijak menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting dahulu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Jun 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru