»BUKAN Puteri Lindungan Bulan, sebuah drama Melayu bersiri 40 episod adaptasi novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afi era Malik menggantikan drama Serpihan Sayang di slot Samarinda TV3.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afi fah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally dan Danish Iskandar.
Drama ini mengisahkan Larasati Aisya, gadis berjiwa besar hidup penuh kemewahan tetapi banyak dugaan.
Lara terpaksa berhenti belajar kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya.
Ibunya, Datin Fariza berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan hubungan mereka renggang.
Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konfl ik di antara Lara dengan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai materialistik dan curang.
Lara tidak sebulu dengan dia apatah lagi selepas Sabrina bekerja di syarikat Lara dan mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.
Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan membawa kepada pernikahan Lara dan Zafi r.
Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafi r, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua.
Bukan Puteri Lindungan Bulan bersiaran bermula 21 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat dan boleh ditonton secara dalam talian menerusi laman web Tonton, xtra atau platform penstriman iQiYi.