ARTIKEL

Bukan salah buah dabai?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KECOH buah dabai dijual dengan harga kayangan.

Malah buah yang mendapat jolokan buah zaiton Borneo dijual sehingga mencecah RM100 sekilogram mencetuskan pelbagai pendapat sinis orang ramai.

Malah rentetan gambar tular di media sosial, ramai melabelkannya sebagai buah kayangan.

Ada yang mendakwa hanya golongan berada yang mampu membelinya.

Namun orang biasa hanya mampu melihat. Jangan kita salahkan buah dabai. Tetapi salahkan penjual yang menjual dengan harga terlampau mahal.

Demikian kata orang ramai dalam media sosial.

”Tidak payah marah… Mari kita sama-sama boikot.. Jangan bising saja tapi masih beli, memanglah diorang tidak kisah sebab dia tengok letak harga mahal masih beli.

”Saban tahun, harga akan mahal. Semua orang jangan beli kalau rasa mahal.

Biar dia orang makan sendiri.. Kalau sudah rugi buah banyak buruk pandailah dia turunkan harga nanti,” kata seorang netizen.

Ada yang berpendapat, buah yang mahal akan menyebabkan hilangnya minat generasi sekarang untuk makan.

Generasi yang dari keluarga kurang berkemampuan akan berhenti makan buah dabai sebab tidak mampu.

”Berumur 30 tahun ke atas sahaja yang betul berminat.

Yang berusia bawah 20 tahun terutama generasi muda, tidak mampu membeli.

Ia menyebabkan generasi muda kurang berminat suatu hari nanti,” kata peminat buah dabai.

Persoalan sekarang, benarkah harga buah dabai melambung tinggi kerana ia sukar untuk diperoleh?

”Sebenarnya buah dabai susah diambil.

Buah kecil daun besar.

Zaman sekarang ni susah nak jumpa orang berani panjat dan jolok buah dabai,” demikian kata seorang peniaga.

”Saya tak salahkan penjual sebab banyak faktor yang menyebabkan harga dabai mahal.

Selain susah diambil, kos minyak sebab jauh dai bandar, upah orang panjat dan bawa balik dan lain-lain.

Kalau tak mampu beli, telan air liur ja laa,” kata seorang netizen.

Dabai atau nama saintifik kembaya ialah sejenis pokok buah dari genus Canarium dalam keluarga Burseraceae serumpun dengan kacang-kacang kenari dan pili.

Pokok ini hanya boleh didapati di Sibu dan Kapit. Pokok ini tumbuh sehingga ketinggian dalam 40 hingga 50 meter.

Buahnya berisi keras dengan purata 2.9 hingga 3.98 sentimeter panjang dan 1.94- 2.63 sm lebar dengan berat sekitar 10.0 hingga 18.0g sebiji.

Kulit luar buahnya berwarna hitam licau sementara isinya kuning dan mempunyai biji yang panjang.

Isirong bijinya mengandungi minyak sebanyak kira-kira 33.13 peratus berat biji. Sebatang pokok dabai boleh membuah sehingga 80 kilogram paling maksimum pada satu-satu masa.

Buahnya perlu direndam dalam air panas terlebih dahulu agar ia dapat dilembutkan sebelum dimakan dengan garam, gula, lada hitam atau kicap.

Ada yang menyatakan rasa buahnya seperti buah avokado, rasa dan tekstur ia juga adakala sering dibandingkan mirip zaitun.

Buah ini boleh dimakan bersama sagu mahupun dimasak jadi lauk sambal atau nasi goreng.

Bijinya juga boleh dimakan dengan rasa mirip kacang badam atau pistacio.

Buah dabai mempunyai pelbagai khasiat. Ada apa dengan pokok dabai?

Umum mengetahui bahawa buah dabai adalah buah yang dijual dengan harga yang begitu tinggi, terutamanya di Sarawak.

Namun, tahukah anda apa khasiat yang terkandung dalam buah ‘zaitun’ Borneo ini?

Mengikut sebuah jurnal artikel yang diterbitkan pada Oktober 2022 yang bertajuk ‘Exploring Dabai (Canarium odontophyllum), Indigenous Fruit of Borneo: A Review of Nutritional Values, Potential Uses, Emerging Application in Essential Oil Processing, and Health Benefits’ yang diterbitkan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Muhammad Hazwan Hamzah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Jurnal ini menerangkan khasiat yang tinggi dalam pokok dabai, termasuk bahagian kulit kayu dan seluruh bahagian buahnya.

Dabai mengandungi bahan antioksida yang tinggi.

Menurut kajian, bahan antioksida yang tinggi boleh didapati di dalam buah dabai itu sendiri iaitu pada bahagian kulit dan isi dabai.

Bahan antioksida yang didapati di dalam buah dabai adalah carotenoids, flavonoids dan antosianin berupaya mengelakkan mutasi barah.

Jumlah kandungan bahan antioksida ini dipengaruhi oleh faktor geografi tempat pokok dabai itu ditanam, baka, iklim, tahun pengeluaran, tahap kematangan, dan cara penanaman.

Dalam pada masa yang sama, buah dabai juga tinggi kandungan tenaga, protein, serta asid aspartamik dan glutamik (kandungan yang menambah perasa ‘ummph’ pada makanan sama seperti Ajinomoto dan buah tomato).

Buah dabai juga dilaporkan memiliki kandungan asid lemak seperti oleik, linoleik dan palmitik yang tinggi, sama seperti buah sawit.

Kandungan asid lemak tidak tepu serta bahan antioksida yang tinggi di dalam isi dan isirong dabai membolehkan buah ini berpotensi untuk menghasilkan minyak masak yang sihat.

Selain itu, lemak dari isirong dabai juga boleh menggantikan lemak koko atau lemak dari buah sawit untuk menghasilkan coklat.

Ini kerana kajian sensori mendapati bahawa rasa coklat yang diperbuat menggunakan isirong dabai lebih sedap berbanding menggunakan minyak atau oleoresin dabai.

Bahagian kulit kayu pokok dabai juga didapati memiliki kesan antimikrobial terhadap bakteria seperti Staphylococcus aureus ATCC 25923, Bacillus cereus ATCC 6633, Escherichia coli ATCC 25932, Pseudomonas aeruginosa ATCC 27853, Acinetobacter baumannii strain sensitive, Candida albicans ATCC 64677, Candida glabrata ATCC 90028, Aspergillus niger, dan Fusarium solani M2781.

Lebih daripada itu, kulit kayu pokok dabai juga memiliki upaya untuk membunuh bakteria seperti Staphylococcus aureus, kuman penyebab jangkitan pada kulit manusia.

Daun dabai pula dikesan memiliki potensi untuk diperbuat menjadi bahan ubat antimalaria kerana kesannya menghalang perebakan parasit plasmodium, penyebab penyakit malaria.

Selain memiliki khasiat yang begitu menakjubkan, buah dabai juga merupakan buah yang versatail dan bersifat mampan untuk menjamin kesejahteraan alam sekitar.

Boleh dikatakan seluruh bahagian buah dabai boleh dihasilkan menjadi makanan baharu, sekali gus mengelakkan sisa buangan.

BERITA LAIN

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan