ARTIKEL

Bukan Sekadar Lafaz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Drama Bukan Sekadar Lafaz diinspirasikan daripada novel karya Sophilea terbitan Pencil Pictures & Records. 

Drama arahan Idora Abdul Rahman ini menggandingkan pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Ahmad Idham dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang Syikin (Wanna Ali) iaitu pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe terkenal.

Semasa bekerja, dia bertemu sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) — penyelia kepada Syikin di kafe tersebut. 

Kenangan lama yang terpahat zaman persekolahan dahulu membangkitkan perasaan cinta Hud. 

Namun, Syikin kini bersama-sama doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone).

Hubungannya sangat dicemburui adik tirinya, Aein (Yuna Rahim) yang menaruh hati kepada Dr Firman. 

Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat merosakkan hidup Syikin.

Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan.

Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman. 

Dr Firman rasa seolah-olah dirinya dipermain lalu menolak permintaan Tuan Zaman.

Menyedari situasi dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. 

Jangan lupa saksikan drama Bukan Sekadar Lafaz disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pada 7 malam di slot Akasia TV3.

Bukan Sekadar Lafaz juga boleh strim di iQIYI satu jam selepas siaran TV melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

LAIN-LAIN BERITA

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

Tom Cruise berpisah dengan kekasih

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan

BERITA TERBARU

Sarawak catat RM3.59 bilion nilai eksport ke Brunei

KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah RM3.59 bilion nilai eksport ke negara Brunei Darussalam tahun lalu, sekali gus merekodkan 23.8 peratus nilai dagangan tahun lalu. Timbalan Premier