Trending

Buku tender Eversendai bernilai RM11 bilion, projek prospektif di Arab Saudi, India

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Buku tender Eversendai Corporation Bhd dianggarkan kira-kira RM11 bilion dengan beberapa projek mercu tanda ikonik yang menarik dan sangat prospektif dalam perancangan, terutamanya di Arab Saudi dan India, kata Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri A K Nathan.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, beliau berkata kumpulan itu menjangkakan pemulihan secara beransur-ansur dan stabil pada 2023 dengan tunggakan semasa perolehan nilai kontrak baharu yang terjamin dan prospek pasaran yang positif di kawasan geografi utama kumpulan itu beroperasi.

Beliau berkata, kumpulan itu telah memulakan semakan dalaman yang komprehensif dan menyeluruh terhadap anggaran kos dan margin semua projek yang sedang dijalankan bagi memastikan pengiktirafan berhemat terhadap keuntungan dan mengukuhkan lagi kawalan operasi dan pengurusan.

“Fokus kami adalah untuk mengukuhkan perniagaan dan menumpukan pada geografi yang mana kami mempunyai kelebihan dari segi daya saing yang kukuh dan peluang untuk pertumbuhan,” katanya.

Beliau juga berkata kumpulan itu yakin dapat menangani cabaran untuk pulih dengan pasukan yang komited untuk menjadi kumpulan yang stabil dan mampan pada masa hadapan.

“Dengan projek-projek baharu ini, kami berpeluang untuk meningkatkan lagi pertumbuhan,” katanya.

Eversendai berkata ia telah memperoleh sembilan projek baharu bernilai RM1.1 bilion daripada anak syarikatnya di Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi, India dan Singapura.

“Walaupun menghadapi banyak cabaran, kumpulan Eversendai menjangkakan tahun 2023 sebagai tahun pemulihan dan daya tahan selepas impak daripada pandemik COVID-19 ke atas kumpulan ini,” katanya. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru