CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Bulan untuk berhenti merokok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

RAMADAN, bulan penuh kemuliaan, sekali gus masa paling sesuai umat Islam menyucikan diri. Inilah masa paling sesuai untuk anda memperbanyakkan ibadat dan amal jariah dalam usaha memburu ganjaran pahala. Selain solat sunat dan sedekah, ada satu lagi perkara yang boleh dilakukan dalam bulan mulia ini iaitu berhenti merokok.

Tidak dinafikan, memang susah untuk berhenti merokok, namun ia masih boleh diusahakan dengan tekad yang tinggi. Dilaporkan rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. Sekiranya anda merupakan perokok, jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan untuk berhenti. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih 12 jam, ia berupa melatih rangsangan otak pada paras nikotin yang rendah.

Menurut kajian, seseorang itu sukar berhenti merokok disebabkan ketagihan terhadap nikotin kerana kebergantungan seorang perokok itu terhadap nikotin adalah lebih tinggi daripada kebergantungan seorang penagih terhadap heroin atau kokain. Jika anda seorang perokok tegar yang merokok sehingga 15 atau 20 batang rokok sehari, tempoh lama tanpa rokok itu adalah satu kejayaan yang besar sebenarnya. Anda hanya perlu melengkapkan lagi 12 jam baki selepas berbuka sehingga waktu sahur pada keesokannya agar terus tidak merokok.

Baca lain  Inisiatif untuk dua juta belia

Langkah pertama adalah mesti mengelakkan pengambilan rokok sebaik sahaja berbuka puasa dengan terus hadir ke masjid atau surau berdekatan untuk solat maghrib, isyak berjemaah seterusnya menunaikan solat terawih.

Kedua, tanpa membeli sekotak rokok pada bulan ini sama ada pada siang mahupun malam hari juga boleh membantu anda mengelakkan diri daripada kembali terjebak. Jauhkan diri daripada rakan atau persekitaran yang boleh mempengaruhi anda untuk kembali merokok.

Ketiga, tanamkan niat serta azam yang ikhlas pada bulan yang mulia ini agar anda dapat berhenti merokok selama-lamanya. Kemudian berdoalah kepada Allah semoga dapat merealisasikan hajat anda. Sekiranya pada Ramadan ini, anda mampu mengurangkan bilangan merokok daripada sekotak kepada lima batang sehari, kekalkan momentum tersebut dan cuba capai bilangan yang lebih rendah untuk bulan-bulan seterusnya sehingga tidak lagi merokok.

Tahap iman, takwa Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed berkata, kebanyakan tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu meningkat pada Ramadan. “Dan itu adalah anugerah utama yang diberi kepada umat Islam untuk melawan nafsu,” katanya. Jelasnya, hal itu menyebabkan seseorang perokok itu akan mengikuti apa-apa jua yang ditetapkan dan menganggapnya sebagai motivasi serta pendorong yang kuat untuk berhenti merokok. Tabiat merokok memang seharusnya dihentikan kerana di Malaysia, dilaporkan lebih 50 peratus golongan lelaki merupakan perokok dengan separuh daripadanya berusia bawah 30 tahun.

Baca lain  Sabar tunggu SOP rumah terbuka

Namun risiko merokok ini lebih bahaya kepada golongan bukan perokok kerana 60 hingga 75 peratus daripada asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok seperti kanak-kanak. Selain itu, direkodkan hanya 50 peratus perokok dapat menjangkau usia sehingga 70 tahun kerana merokok boleh mengakibatkan strok, sakit jantung serta kanser paru-paru.

Anda boleh meneliti informasi berkaitan berhenti merokok di internet contohnya dengan melayari laman sesawang http://jomquit.moh. gov.my/. Talian Whatsapp infoline aduan merokok: 010-8608949. Media sosial lain yang memberi maklumat tentang berhenti merokok juga tersedia seperti di Telegram: @ BantuanBerhentiMerokok, Twitter: @ MquitK dan YouTube: mQuit Channel. Dengan memahami prosedur dan kaedah yang ditawarkan, anda boleh menyusun perancangan dengan lebih teliti.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru