ARTIKEL

Bulatan ke Pusat Jantung Sarawak dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) ditutup sementara 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Sebahagian jalan di Lebuh Raya Kuching-Samarahan melibatkan kawasan 
bulatan Pusat Jantung Sarawak dan bulatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dekat sini, ditutup sementara bermula hari ini hingga 15 November.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan berkata, ia juga melibatkan perubahan laluan dan penutupan sementara satu lorong di kawasan tersebut susulan lanjutan kerja pembaikan serta menaik taraf permukaan jalan raya yang giat dijalankan.

Katanya, laluan di bulatan berkenaan juga akan ditutup pada 9 pagi hingga 4 petang dari hari Isnin hingga Ahad pada waktu siang.

Manakala, jelasnya, penutupan pada waktu malam pula adalah dari jam 9 malam hingga 4 pagi dari Isnin hingga Ahad.

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di laluan itu khususnya pada  tempoh kerja pembaikan dijalankan.

“Selain itu, pengguna juga diminta mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini nanti,” katanya menerusi kenyataan.

JKR Bahagian Samarahan juga akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu dan kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini. 

Justeru, pengguna jalan raya juga diingatkan bahawa had laju maximum sepanjang kawasan pembinaan ini adalah 30km/j sahaja.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim